SHAH ALAM – Saksi ke-28 inkues
kematian anggota bomba hari ini mencadangkan agar Mahkamah Koroner
memanggil Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebagai
saksi pada prosiding itu.
Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Lew Keng Joe mencadangkan
demikian ketika menjawab soalan mengapa KPN mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dipukul.
Soalan tersebut diajukan peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Ahmad Taufik Baharum.
“Awak mahu saya rakamkan kenyataan IGP (Ketua Polis Negara)? Mungkin awak patut sepina IGP dan tanya beliau,” katanya.
Lew yang memaklumkan mengetahuinya
menerusi kenyataan rasmi dan dalam masa yang sama menganggapnya sebagai
tidak membantu siasatan kematian Muhammad Adib.
“Memang ada saya tak pasti sama ada 27/28 November
2018 dan saya tak tanya dia tapi saya tahu melalui kenyataan rasmi.
Saya tidak pasti mengapa IGP keluarkan kenyataan itu.
“Saya rasa penting kenyataan (itu) tapi
saya rasa kenyataan tak bantu siasatan, saya mungkin dia ada jumpa bomba
tanya,” kata Lew lagi.
Untuk rekod pada 29 November yang lalu,
Mohamad Fuzi menegaskan dakwaan bahawa Muhammad Adib dilanggar jentera
bomba dan bukannya dipukul dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha
Mariamman di Putra Heights, Subang Jaya, adalah tidak benar.
Beliau berkata, maklumat yang diperoleh
tidak mendapati Muhammad Adib, 25, dilanggar seperti yang tular di media
sosial. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan