Oleh Siti Fatimah Ishak
Keputusan dibuat tanpa bukti saintifik hingga fakta dibakul sampah
BANGI
– Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) memandang serius
tindakan kerajaan Pakatan Harapan dalam menangani isu Lynas, yang
disifatkannya sebagai tidak bijak dan dangkal.
Presidennya,
Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, keputusan bahawa Lynas
boleh terus beroperasi di Malaysia, dengan syarat bahan mentah yang
dibawa ke negara ini dibersih dan dihapuskan radioaktif terlebih dahulu,
sangat tidak bagus malah, mencetuskan kebimbangan.
“Saya kira
keputusan dibuat berdasarkan fakta dan maklumat yang tidak tepat serta
berasaskan sentimen politik. Kerajan sebenarnya tidak kompeten dan tidak
mampu mentadbir negara.
“Inilah padahnya jika diputuskan tanpa berasaskan fakta, data dan bukti saintifik, sehingga maklumat benar dibakul sampahkan.
“Apalagi
hujah-hujah yang rasional juga tidak diterima semata-mata kerana mahukan
mengekalkan kuasa dengan cara yang tidak berintegriti. Mana kredibiliti
kerajaan PH,” soalnya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net.
Jumaat
lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan
membenarkan Lynas terus beroperasi adalah keputusan Kabinet selepas
dibincangkan secara bersama.
“Mereka
kena berjanji kepada kita bahawa pada masa akan datang, sebelum
menghantar bahan mentah ke Malaysia, mereka perlu membersihkannya
terlebih dahulu dan membuang apa saja radioaktif yang ada.
“Kita
tidak mahu menerima bahan mentah yang masuk ke sini adalah bahan yang
memberi kesan atau bukan sampah yang tidak berbahaya kepada sesiapa
sahaja,” kata Dr Mahathir.
Mengulas
lanjut, Datuk Badhrulhisham menyifatkan kenyataan perdana menteri
sebenarnya tidak tepat dan tidak sama sekali berdasarkan fakta saintifik
serta hujah yang rasional.
“Kenyataan
lain yang meminta Lynas membawa keluar balik sisa ke negara asal juga
amat janggal kerana ianya bukan amalan di seluruh dunia.
“Jika
tidak semua sisa hasil dari pemprosesan getah, kelapa sawit, bauksit,
timah dan lain-lain ekspot Malaysia akan dikembalikan ke negara kita.
Ini tidak pernah berlaku sehingga hari ini,” katanya.
Lynas yang
berpangkalan di Australia mempunyai kilang pemprosesan di Gebeng,
Pahang, tetapi menghadapi masalah mendapatkan pembaharuan lesen untuk
loji itu kerana cetus kebimbangan mengenai pengurusan sisa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan