KUALA TERENGGANU: ADUN Rhu Rendang, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, 48,
mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu Ke-15 di Istana
Syarqiyyah, di sini malam ini.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan menerima watikah pelantikan itu
berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin
kira-kira pukul 9 malam tadi.
Ahmad Samsuri, berkelulusan Doktor Falsafah Aeroengine Ignition and
Combustion High Altitude Engine Failure dari Universiti of Leeds, United
Kingdom merupakan Setiausaha Politik kepada Presiden PAS dan Ketua
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.
Beliau yang berasal dari Besut merupakan pakar aeroangkasa dan sering
menjadi rujukan semasa kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370.
Beliau yang pertama kali bertanding mengambil alih sebagai calon bagi
kerusi Ru Rendang daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya
mempertahankan kerusi Parlimen Marang kali ini.
Dalam PRU-14 semalam, PAS menguasai Terengganu apabila memperoleh sebanyak 22 daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan.
BN yang dalam PRU lalu meraih 17 kerusi hanya mampu bertahan di lapan kerusi.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan menerima watikah pelantikan itu
turut melibat 10 anggota Exco kerajaan negeri Terengganu.
Berikut barisan anggota Exco Terengganu yang baru:
Menteri Besar
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahli Exco
Satiful Bahari Mamat
Dr. Alias Razak
Mohd. Nor Hamzah
Dr. Azman Ibrahim
Datuk Tengku Hassan Tengku Omar
Ariffin Deraman
Hanafiah Mat
Wan Sukairi Wan Abdullah
Dr. Mamad Puteh
Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan