KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata
proses pengundian awal membabitkan pegawai dan anggota polis serta
pasangan mereka berjalan lancar pada Sabtu.
Beliau berkata ini kerana ia diuruskan dengan baik termasuk oleh pegawai dan anggota polis.
“Warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang mengundi hari ini
kebanyakannya terdiri daripada pegawai dan anggota polis yang masih
berkhidmat dan pesara polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas
mengundi awal di bangunan Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Polis
(Perkep) di Bukit Aman, di sini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan mantan
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar merupakan antara yang
mengundi awal.
Pada Jumaat, Mohamad Fuzi berkata pengundian awal pasukannya
membabitkan seramai 111,702 pegawai dan anggota polis serta pasangan.
Daripada jumlah itu, seramai 5,660 orang mengundi awal di Bukit Aman
manakala selebihnya di 14 kontinjen PDRM dan Ibu Pejabat Polis di
seluruh negara. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan