KUALA LUMPUR – PLUS menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus pada 8
Mei dan 9 Mei kepada semua pengguna lebuh raya Kelas 1 yang mendaftarkan
kad elektronik mereka menerusi portal PLUSMiles.
Pengendali lebuh raya itu juga menghentikan semua kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang melibatkan penutupan jalan di lebuh raya mulai 5 Mei sehingga 13 Mei.
Ia bagi memastikan perjalanan trafik lancar sepanjang musim pilihan raya ini.
Pemberhentian sementara tersebut merangkumi semua kerja-kerja yang melibatkan penutupan jalan kecuali kerja-kerja kecemasan atau kemalangan.
Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps dan talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000.
PLUS turut mengagihkan minuman kopi ‘o’ percuma untuk pengguna lebuh raya yang berhenti rehat di R&R serta hentian sebelah terpilih pada 8 Mei ini bermula jam 10 malam. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan