Jumaat, 4 Mei 2018

Mat Sabu mahu saman individu dakwa skandal

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwanya mempunyai rakaman skandalnya dengan seorang wanita.
 
Amanah pula akan mengambil tindakan sama terhadap tiga individu yang terlibat dalam sidang media itu semalam kerana menyamar sebagai anggota mereka, menurut timbalan setiausaha agung parti itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
 
Ahmad Kerdee berkata semakan dalam pangkalan data keanggotaan mereka mendapati nama individu yang mengetuai sidang media semalam, Rizal Bakar, tiada dalam pangkalan data keanggotaan mereka..
 
“Kami juga telah menyemak dengan Amanah Kuala Kedah dan tiada seorang pun mengenali individu tersebut,” katanya dalam sidang media dipetik Malaysiakini.
 
Rizal, yang hadir bersama dua lagi lelaki, semalam memperkenalkan diri sebagai anggota Amanah Kuala Kedah dan mengaku sebagai pengkagum Mohamad meminta penjelasan sama ada pemimpin itu mempunyai skandal dengan seorang wanita.
 
 

Tiada ulasan: