Sabtu, 19 Mei 2018

Logo 1Malaysia diturunkan di semua Pusat Transformasi Bandar

 
Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan turut mengarahkan gambar bekas perdana menteri, bekas menteri besar dan bekas ketua menteri diturunkan di semua UTC di seluruh negara.


Gambar Facebook


LABUAN: Logo 1Malaysia hari ini diturunkan di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pasar Sentral Labuan, 10 hari selepas pembentukan kerajaan Pakatan Harapan.

Dua unit logo gergasi itu yang berukuran kira-kira 11.5m tinggi dan 5.7m lebar mula diturunkan sejak awal pagi sehingga 2.02 petang tadi.

Kerja menurunkan logo 1Malaysia ini selaras arahan Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan bertarikh 14 Mei lalu yang turut melibatkan gambar bekas perdana menteri, bekas menteri besar dan bekas ketua menteri di semua UTC di seluruh negara.

Logo 1Malaysia dilancarkan tidak lama selepas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menerajui negara pada 2009.

Jabatan Penerangan Labuan turut menurunkan 6 unit poster papan iklan berkaitan 1Malaysia di seluruh Labuan, sejak minggu lepas

Tiada ulasan: