Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
SHAH ALAM: Tuduhan dan kenyataan melampau dibuat oleh Pengerusi Pakatan
Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menunjukkan kerana
beliau terdesak untuk memenangi PRU14, demikian kata penganalisis
politik, Dr Jeneri Amir.
"Tetapi kalau tuduhan tersebut tidak berasas maka ini membuktikan bahawa Tun Mahathir sudah terdesak dalam kempen ini."
"Jadi dalam konteks ini, kalau tuduhan itu tidak betul maka ini sesuatu
yang tidak patut walaupun kita tahu dalam mana-mana pilihan raya
kemenangan itu penting," katanya kepada Antarapos.
Terbaru, Dr Mahathir mendakwa pesawat yang sepatutnya membawa beliau ke
Pulau Langkawi untuk penamaan calon pada Jumaat lalu telah disabotaj
menyebabkan beliau terpaksa mengguna pesawat lain.
Bagaimanapun, dakwaan beliau telah dinafikan oleh Pihak Berkuasa
Penerbangan Malaysia (CAAM) dan juga pemilik pesawat berkenaan VistaJet
Ltd.
Jeneri berkata, tuduhan yang tidak berasas yang dibuat oleh Dr Mahathir
akan menjejaskan imej negara dan pihak terbabit serta mantan perdana
menteri itu perlu menanggung akibatnya.
"Jadi dalam membuat mana-mana kenyataan terutama kenyataan serius yang
boleh memudaratkan pelbagai pihak dan menjejaskan imej negara dan
keyakinan terhadap keupayaan pihak terbabit dari segi keselamatan
penerbangan negara ini."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan