KOTA BHARU: Empat muka baharu dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal ke-14.
Mereka ialah Adun Kadok, Azami Mohd Nor,
Adun Selising, Tuan Saripuddin Ismail, Adun Kijang Dr Izani Hussin dan
Adun Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamad.
Sementara itu Datuk Mohd Amar Abdullah kekal sebagai Timbalan Menteri Besar.
Lima orang exco dikekalkan, mereka Datuk
Dr Mohamed Fadzli Hassan (Temangan), Datuk Mohd Nassuruddin Daud
(Meranti) dan Datuk Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir), Mejar (B) Datuk Mohd
Anizam Abdul Rahman (Kemahang) dan Mumtaz Md Nawi (Demit).
Mereka mengangkat sumpah menerima
jawatan di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Faiz Petra Ibni
Sultan Ismail Petra di Istana Kota Lama, di sini pagi tadi.
Sementara itu, Menteri Besar Ustaz Datuk
Ahmad Yakob, mengucapkan taat setia pada Pemangku Raja mewakili saf
exco dan rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan