Khamis, 3 Mei 2018

Dalam tempoh 100 hari, kita hapuskan GST - Mat Sabu

ANTARAPOS

Post Pic


KUANTAN: Ceramah anjuran pakatan pembangkang di Taman Bandar, Indera Mahkota malam tadi, terus menjadi medan pemimpin mereka mengulangi isu lama, terutamanya berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan derma RM2.6 bilion.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, pakatan pembangkang tetap akan meneruskan hasrat mereka menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari, jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Cukai ini (GST) hanya menyusahkan rakyat. Semua rakyat dikenakan GST, tidak kiralah mereka itu kaya ke, miskin ke, semua kena cukai.

"Inilah yang kita (pembangkang) akan betulkan. Apabila kita menang pada 9 Mei ini, kita akan hapuskan GST seperti yang kita umumkan dalam manifesto.

"Maknanya, dalam tempoh 100 hari, kita hapuskan GST dan kita akan susun semula sistem percukaian negara," katanya ketika berucap pada Siri Jelajah Pakatan Pembangkang, di sini.

Turut hadir Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Sementara itu, Dr Mahathir ketika berucap, terus mengulangi tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima derma RM2.6 bilion dan isu sabotaj terhadap pesawat peribadinya.

Katanya, kerajaan pimpinan Najib bukan lagi menjaga kepentingan rakyat, tapi lebih kepada menjaga kepentingan peribadi.


Tiada ulasan: