Sabtu, 14 April 2018

Mansuh tol: Guan Eng jangan lupa janji 10 tahun lalu

Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dinasihatkan agar mengotakan janji pilihan raya umum yang terdahulu sebelum bercita-cita mahu menabur janji baru kepada penduduk negeri itu.
 
Tegas ADUN Pulau Betong, Datuk Dr Muhammad Farid Saad rakyat tidak pernah lupa janjinya sebelum ini mahu memansuhkan tol Sungai Nyior, biarpun 10 tahun berlalu.
 
Ketika Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Guan Eng berjanji untuk memansuhkan tol Sungai Nyior jika berjaya menawan Pulau Pinang.
 
Namun tol yang mula dibuka sejak 21 Februari 2007 itu masih beroperasi sehingga kini daripada kadar tol 50 sen untuk kereta sehingga RM1.50 hari ini.
 
"Guan Eng telah gagal telah gagal mengotakan janji dia selama 10 tahun untuk memansuhkan tol Sungai Nyior yang hanya bernilai RM0.50 sekali masuk.
 
"Jadi kenapa nak berjanji yang perkara yang besar kalau perkara lama tak dikotakan?," soalnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Lim semalam menerusi laman media sosialnya berjanji Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan tol jambatan pertama Pulau Pinang jika gagasan itu berjaya menawan Putrajaya pada PRU14.
 
Janji Lim itu dibuat sebagai respon kepada pengumuman menifesto tambahan Barisan Nasional (BN) untuk memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang.
 
Selain mansuh tol motorsikal, Presiden BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan pembinaan 65,000 rumah mampu milik, jika  parti itu berjaya menawan Pulau Pinang pada pilihan raya kali ini.  
 
Mengulas pengumuman Najib, Farid berkata apa yang ditawarkan itu adalah impian rakyat Pulau Pinang selama ini.
 
 
 
"Apa sahaja projek dan cadangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana menteri untuk kebaikan masyarakat terutamanya golongan B40 amat saya alukan dan saya berterima kasih diatas pihak mereka," katanya.

Tiada ulasan: