Sabtu, 7 April 2018

Ketua UMNO Bahagian BTR bebas dadah

Manzaidi Mohd Amin
 


KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar bebas dari dadah.

Pengesahan itu dibuat Ketua Polis, Datuk Seri Mazlan Lazim, selepas menerima hasil ujian dari Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang membuat saringan ke atas air kencing pemimpin itu.

Menurutnya, pada hari kejadian 2 April lalu, Rizalman telah disabitkan siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan disiasat oleh Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, keputusan laporan dari pihak Patologi HKL telah diterima pada 4 April lalu mengesahkan bahawa ujian saringan awal polis kepada saspek oleh Jabatan Patologi HKL, tiada mengandungi sebarang jenis dadah.

“Sehubungan itu, keputusan kes di pihak kami tiada tindakan lanjut dan siasatan telah selesai,” katanya di sini, hari ini.

Dalam sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Rabu lalu, Rizalman memberitahu, beliau diperangkap atas motif politik berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di bandar raya pada awal pagi Isnin. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: