Sabtu, 7 April 2018

Bukti Tun Mahathir Kuda DAP

 

LIHAT VIDEO DI SINI

 
Malaysian Digest – Forum panas yang membincangkan samaada umur 93 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad melayakkan Pengerusi Pakatan Harapan itu menjadi perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya mungkin sudah lama berlalu.

Namun, masih banyak mata memerhati Pengerusi PPBM ini terutamanya tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

Pastinya, masa depan negara amat membimbangkan sepertimana digambarkan oleh bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bahawa Dr Mahathir sudahpun dimasukkan ke Institut Jantung Negara sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan lepas.

Tunku Aziz, menerusi Berita Harian pada Selasa (27 Mac) menceritakan kedudukan kesihatan Dr Mahathir semakin memburuk dimana ianya dibuktikan setelah ‘top dog’ Pakatan Harapan itu dimasukkan ke ke IJN sebanyak 12 kali pada 2015, 25 kali pada 2016, enam kali pada 2017 dan empat kali dalam tempoh tiga bulan pertama 2018 sahaja.

Katanya, dengan purata Dr Mahathir diwadkan setiap kali selama 5 hari, ia bermaksud Dr Mahathir sudah menerima rawatan sebanyak 235 hari di IJN dalam tempoh empat tahun.

Sebuah video tular di media sosial dimana warga emas itu secara jelas sudah keletihan dan sukar untuk mengutarakan kata-kata semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat presiden Pakatan Harapan pada 3 April lalu.

Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan untuk menghapuskan kesemua tol dalam negara, pengerusi Pakatan Harapan menerusi video itu menyatakan ianya akan dijalankan berperingkat, dan mengikut kontrak konsesi.

Namun, Dr Mahathir sukar untuk menentukan kebenaran fakta yang disebutkannya dan memerlukan pengesahan daripada rakannya dari DAP disebelahnya untuk mendapatkan kepastian.

Tidak cukup dengan itu, Dr Mahathir tersilap sebut GST dengan berkata GLC, dan berkali-kali diingatkan rakan pakatan disebelahnya untuk menyatakan fakta-fakta penting kepada media.

Menyedari kesilapannya, bekas Perdana Menteri itu cuba untuk menutup kesalahan dengan berseloroh, “Kadangkala saya pun dah tua.. Saya nampak macam orang tua bukan? Cakap pun dah tak betul,” disambut dengan gelak ketawa ahli media sementara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah wan Ismail dan Presiden PAN Mohamad Sabu yang duduk di kiri dan kanan Dr Mahathir cuma boleh senyum sinis.

Netizen yang menonton video tersebut mempersoalkan samaada Dr Mahathir benar-benar ‘fit’ untuk kembali bertugas sebagai Perdana Menteri.

“Macam mana nak pimpin negara kalau PM ni tua dan cakap pun tak betul?” kata Far J dalam ruangan komen video di Youtube.

“Adakah dia (Mahathir) tidur mesyuarat atau dia tak ambil perhatian apa yang orang lain katakan? Rakan pakatannya terpaksa membetulkannya setiap masa. Jika dia jadi PM, semua janji-janjinya pasti masuk longkang,” ujar Bahir Baruddin.

Terdapat juga video lain didalam sidang media sama dimana Dr Mahathir meminta rakan pakatannya bercakap bagi pihak dirinya dan mengakui tidak ingat semua fakta.

Jika Pakatan Harapan berjaya mengambil alih Putrajaya, diharapkan sebagai pemimpin, Dr Mahathir menyatakan fakta dengan jelas dan tidak menggunakan alasan ‘terlupa’ sebab sudah tua sebagai alasan kepada pelbagai ‘U-turn’ pada masa hadapan memandangkan beliau sendiri sudah mengakui mampu untuk menggalas tugas pada usia emas, sepertimana dinyatakan dalam catatan blognya pada 22 Mac baru-baru ini.

Tiada ulasan: