PULAU PINANG: Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan
ahli perniagaan, Phang Li Koon ditangguhkan sehingga Mei ini bagi
memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan
kes itu ditangguhkan selepas peguam Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa
Guan Eng mempunyai tugas rasmi hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud bagaimanapun membantah
permohonan penangguhan tersebut kerana tarikh penamaan calon masih belum
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor Utusan Online.
Perbicaraan akan didengar pada 21 hingga 25 Mei ini.
Mahkamah turut menetapkan 10 Mei ini bagi pengurusan kes tersebut untuk memastikan isu-isu berkaitan pilihan raya selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan