Mat Zain memohon perintah mahkamah bahawa tindakan Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan perlu diisytiharkan batal dan tidak sah.
Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Mac lalu menyatakan bahawa sumpah yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dilafaz secara salah oleh Najib pada 3 April 2009.

Menurut Mat Zain, sumpah itu kemudiannya dilafazkan dengan betul oleh Najib pada tahun 2013, selepas kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13 - yang bermaksud bahawa kata-kata itu masih wujud dalam lafaz asal seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan.
Mat Zain, yang adalah pegawai penyiasat dalam kejadian 'mata hitam' Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga membekalkan transkrip upacara mengambil sumpah jawatan oleh Najib.
Sumpah yang dibuat pada 2009 itu, menurut Mat Zain, berbunyi:
Saya
Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak setelah dilantik memegang
jawatan Perdana Menteri sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan
menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur dengan segala
daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia
yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara dan akan melindungi
dan mempertahankan perlembagaan.
Sumpah seperti yang terkandung dalam jadual keenam Perlembagaan Persekutuan pula berbunyi:
Saya
Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak setelah dilantik memegang
jawatan Perdana Menteri sesungguhnya bersumpah bahawa saya dengan jujur
akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya
saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada
Malaysia, dan akan memelihara dan akan melindungi dan mempertahankan
perlembagaan.
Menurut Mat Zain, perkataan "dengan jujur" hanya diletakkan selepas perkataan "menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu" dan bukannya sebelum ayat berkenaan. Beliau juga mendakwa bahawa Najib menambah perkataan "kepercayaan dan" selepas perkataan "taat setia".
Beliau mengambil contoh bagaimana bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang terpaksa mengambil semula lazaf sumpah jawatannya apabila didapati bahawa beliau melakukan kesalahan.
Mat Zain berkata, beliau pernah mendedahkan percanggahan itu dalam surat terbuka kepada Peguam Cara Negara, Tan Sri Idrus Harun, yang kini adalah hakim Mahkamah Rayuan.
Beliau juga membuat laporan polis berhubung perkara itu, dengan salinan dihantar ke Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan