Rabu, 11 April 2018

3 hari tempoh munasabah untuk mengundi, kata Husam




3 hari tempoh munasabah untuk mengundi, kata Husam


Naib Presiden AMANAH, Husam Musa berkata, penetapan tarikh pilihan raya pada hari Rabu, 9 Mei 2018 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menghormati semangat Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau juga mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktikan bahawa kerajaannya sama sekali tidak berpakat dengan SPR menentukan hari mengundi pada hari bekerja untuk menghalang para pengundi balik ke tempat mengundi mereka jika mereka bekerja di luar.

Atau menyukarkan kaki tangan kerajaan untuk meninggalkan pejabat, katanya.

“Datuk Seri Najib perlu menghormati semangat Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan memberikan tempoh yang munasabah untuk pengundi mengundi,” kata Ahli Dewan Undangan (Adun) Salor itu dalam satu kenyataan semalam.

Kata Husam, Seksyen 25 (5) Akta Pilihan Raya menyebut: ‘Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan setiap Negeri terikat kepada seksyen ini’.

Seksyen 25(1) pula katanya menyebut, ‘Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi, membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi’.

Ujar beliau, bagi pengundi Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur misalnya, memerlukan satu hari untuk pulang ke Kelantan, hari mengundi dan satu hari lagi untuk kembali ke Kuala Lumpur.

“Tiga hari cuti adalah ‘tempoh yang munasabah’ seperti kehendak Akta,” kata beliau.

Tiada ulasan: