Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI –
Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menyambut baik usaha Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) mengundang pemerhati antarabangsa untuk Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan
Pengerusi GPS, Muhammad Farid Hussin berkata, usaha itu sekali gus dapat
menarik minat anak muda untuk berdaftar dan mengundi dalam pilihan
raya.
Meyakini
langkah itu mampu meningkatkan imej SPR katanya, PRU yang terdahulu juga
SPR melakukan perkara sama, dan ia menunjukkan keberkesanan.
“Jadi kita
harap, dengan adanya pemerhati yang adil, rakyat akan lebih yakin
terhadap ketelusan PRU-14 nanti,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net
hari ini.
Kelmarin,
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah memberitahu, pihaknya
mengundang pemerhati-pemerhati pilihan raya tempatan dan juga luar
negara bagi meninjau ketelusan proses pilihan raya.
Pada masa
sama, SPR turut melantik wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
tempatan sebagai pemerhati di samping pemerhati tetap daripada wakil
calon yang juga anggota daripada parti bertanding.
Farid berkata, sebenarnya langkah SPR ini bukan suatu yang baru, dan bukanlah perkara pelik.
Apa yang
dilakukan sama seperti tindakan syarikat-syarikat yang menggunakan
juruaudit luar walaupun mempunyai juruaudit dalaman, yang menambahkan
lagi keyakinan pihak luar dan integriti syarikat.
Namun
katanya, SPR perlu menunjukkan kelainan yang mana mereka perlu lebih
proaktif dalam membuktikan ketelusan menguruskan pilihan raya.
“Saya
fikir SPR perlu menangkis tuduhan pihak-pihak yang tidak percaya atau
memburukkan institusi ini seperti yang dilakukan pihak pembangkang.
“Ini
kerana SPR perlu dilihat supaya tidak menyebelahi pihak kerajaan,
seperti dakwaan bekas pengerusi SPR dan mantan perdana menteri UMNO
terdahulu, yang mana ia hanya mengukuhkan lagi persepsi bahawa SPR
dipergunakan oleh kerajaan untuk menang pilihan raya,” katanya.
Terdahulu,
bekas pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman pernah mendakwa pilihan
raya negara ini dikawal oleh kerajaan dan kerajaan.
Ia menjadi makin teruk kerana ada pihak yang menganggap SPR satu jabatan kerajaan, bukan badan bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan