PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa
menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Ketua Cabang PKR Sungai Besar, Mohd.
Fauzi Ahmad dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Abu Talib Bujang
berkaitan tender penganjuran Ekspo Raya Aidilfitri 2016 di Sungai Besar,
Selangor.
Pengerusi Nadi Rakyat Sungai Besar, Khairulnaem Abu Samah berkata,
dakwaan yang didedahkan oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM), Badrul Hisham Shaharin baru-baru ini itu perlu disiasat kerana
ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor.
Beliau percaya lebih banyak kes rasuah di Selangor akan terbongkar dan rakyat dapat menilai siapa dalang sebenarnya.
“Korupsi jelas berlaku dengan Mohd. Fauzi selaku Ahli Majlis Majlis
Daerah Sabak Bernam (MDSB) berada dalam mesyuarat majlis yang meluluskan
projek untuk syarikat yang ada kepentingan keluarganya.
“Abu Talib selaku Ahli Majlis (Perlesenan) MDSB jelas menerima suapan
bagi menyokong syarikat berkepentingan Mohd. Fauzi memperoleh projek,”
katanya dilapor Utusan Malaysia.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan entri blog Badrul
Hisham berkaitan dakwaan rasuah berkenaan ke pihak SPRM di ibu pejabat
suruhanjaya berkenaan di sini hari ini.
Pada entri blog chegubard.blogspot.my bertarikh 5 Februari lalu, Badrul
Hisham mendakwa perbuatan rasuah itu berlaku ketika Mohd. Fauzi dan Abu
Talib menjadi Ahli MBSB.
Katanya, sangat jelas terbukti Mohd. Fauzi yang berada dalam mesyuarat
majlis, telah meluluskan syarikat Ligat Bina Enterprise yang mempunyai
kepentingannya untuk mengendalikan Ekspo Raya dan Bazaar Ramadhan MDSB
2016.
Mohd. Fauzi juga didakwa membayar RM10,000 kepada Abu Talib sebagai habuan untuk membantu kelulusan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan