Isnin, 12 Februari 2018

Agihan kerusi PH Selangor masih gagal dimuktamad

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Rundingan bersabit agihan kerusi DUN Selangor tidak banyak menunjukkan perkembangan ketika ia dibincangkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Kerusi Pakatan Harapan (PH) negeri hari ini. 
 
Ditemui pemberita selepas mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar yang tidak banyak memperincikan mengenai mesyuarat itu berkata, baki kerusi yang menjadi pertindihan itu akan dibincangkan selepas perayaan Tahun Baru Cina.  
 
Ketika ditanya berapa banyak lagi kerusi yang masih belum diselesaikan, Xavier tidak memperincinya dengan jelas.
 
"Kira-kira 15 kerusi lagi, mungkin.. Mungkin 15 ke 20 kerusi" katanya ringkas selepas mesyuarat itu. 
 
"Ada sedikit kefahaman bahawa kita nak menang Selangor, semua parti bersama dengan kita dalam isu ini dan kita akan teruskan perundingan ini lepas perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.
 
"Untuk sementara itu parti akan balik kepada parti masing-masing untuk bincang kerusi lagi dalam Selangor. Dan selepas itu kita akan adakan keputusan. Hari ini tiada keputusan lagi," kata ADUN Sri Andalas itu. 
 
Berita lanjut menyusul.
 
 

Tiada ulasan: