KUANTAN: PAS Pahang menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya
empat kerusi yang dimenangi DAP pada PRU13 untuk Pilihan Raya Umum ke-14
akan datang.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata kemenangan DAP pada
pilihan raya lalu adalah berdasarkan undi daripada ahli-ahli PAS.
Mengambil kira keadaan semasa di negeri itu, Rosli percaya DAP tidak mampu untuk mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan.
“Apabila berlakunya perpecahan dalam pakatan pembangkang, kita yakin
DAP hanya mampu mempertahankan paling banyak 3 kerusi (daripada 7 yang
disandang) pada PRU nanti.
“Yang lain kita jangka hilang sebab kawasan-kawasan itu mereka menang
dengan majoriti kecil bawah 100 undi dan antara 1,000 dan 2,000 undi
yang kita yakin datang daripada pengundi PAS,” katanya dalam sidang
media mengenai tawaran PAS Pahang pada PRU14, di sini hari ini.
DUN Pahang mempunyai sebanyak 42 kerusi dan PAS mengintai peluang kemenangan sebanyak 21 kerusi daripada jumlah berkenaan.
DAP, pada PRU13 lalu menang di tujuh kerusi DUN di Tanah Rata, Tras,
Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai, dan Triang. Manakala PAS hanya menang
tiga kerusi di Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan