Oleh USTAZ HALIM
HAFIDZ
SEMUA sedia maklum,
kita tak boleh larang
bukan muslim minum
arak. Malah ada yang anggap
ia sebagai salah satu
budaya mereka. Dalam majlis
perkahwinan, keraian
dan pelbagai acara, arak
bagaikan menu wajib.
Tapi harus diingatkan,
arak bukanlah minuman
yang bagus. Tanyalah sesiapa
pun. Tiada siapa yang
tampil kata arak bagus untuk
kesihatan dan sebagainya.
Kalau mahu cepat jahanamkan
jantung dan
buah pinggang, minum
arak adalah cara terbaik.
Kalau nak rosakkan otak
dan sel-selnya, arak jugalah
‘penawarnya’. Kalau nak
cepat mati pucuk, arak jugalah
yang patut didahulukan.
Agama Islam melarang
keras pengambilan ‘kencing
syaitan’ ini. Sehingga
Nabi s.a.w. pernah memberi
pedoman bahawa sesungguhnya
arak itu adalah ibu
kejahatan.
Minuman ketagih itu boleh
menyebabkan berlaku
pergaduhan, kerosakan
akh lak dan membangkit sifat
naik angin.
Kemalangan juga sering
berlaku akibat mabuk. Kalau
sendiri yang maut tidak
mengapalah. Tetapi
selalunya yang tak berdosa
pun menjadi mangsa korban.
Namun seperti yang saya
sebutkan di atas, larangan
minum arak hanya terpakai
kepada orang Islam.
Yang
bukan beragama Islam bebas
meminumnya. Asalkan
tidak menyusahkan orang
lain, tidak mengundang bahaya
dan tidak dilakukan
secara terbuka di khalayak
umum.
Masalahnya, pesta-pesta
arak yang dibuat juga
melibatkan pengunjungpe
ngunjung Muslim.
Walaupun
ada peruntukan
undang-undang untuk menyekatnya,
tetapi berkuatkuasakah?
Tanda akhir zaman
Antara tanda-tanda akhir
zaman ialah apabila
arak berleluasa dan mudah
didapati. Kalau tak dicegah,
jangan menyesal jika bala
Allah menimpa.
Kalaulah nak tarik
pelancong sebagai alasan
untuk menghalalkan pesta
arak, ini bermakna kita reda
untuk jadikan arak sebahagian
dari memori ‘indah
mempersona’ mereka
semasa mereka di sini, Malaysia...
Maka akan keluarlah
dia log seumpama ini, “hey,
ingat tak semasa kita di Malaysia,
kita minum arak
sepuas-puasnya sampai tak
ingat dunia. Wah, sesungguhnya
saya rindu suasana
girang semasa minum
arak di Malaysia!” (sila baca
mengikut nada terjemah).
Kita mahu pelancong
pulang bawa kenangan
indah seperti keindahan
flora dan fauna, budaya
timur yang kontemporari,
kemesraan rakyat dan keharmonian
negara. Bukan
arak!
Kita nak promosikan
cendera hati kreatif buatan
tempatan, makanan
lazat yang menyelerakan,
dan semua yang baik-baik.
Bukan kenangan bersama
arak!
Kepada yang beragama
Islam, ingatlah, minum
arak adalah antara dosa-
dosa besar. Termasuk
dalam kesalahan Hudud.
Menghidangnya juga berdosa
besar, walaupun tak
minum. Sila jauhi arak. Jika
degil, sila meninggal.
Kepada yang bukan
ber agama Islam, silakan
memilih untuk teruskan
atau tinggalkan. Itu hak
anda. Galakan pun bukan,
lara ngan pun tidak. Terpulang.
Tapi kalau nak minum
pun, janganlah sampai berpesta. Bukankah Islam agama
rasmi di negara ini.
Adoi...
#SantaiTapiSampai
#SantaiTapiBantai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan