Ahad, 8 Oktober 2017

DAP dicabar hapuskan keturunan, sejarah asal usul

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR : Salah satu agenda utama perjuangan DAP ialah mewujudkan bangsa Malaysia iaitu rakyat negara ini tidak ada bangsa atau suku kaum sebaliknya semua dikenali sebagai rakyat Malaysia sahaja.

Bagi Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao, rakyat yang mahukan identiti berkenaan seperti yang dimahukan oleh DAP perlulah menukar semua perkara berkaitan sejarah dan asal usul mereka terutamanya dari segi kaum dan bangsa.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata segala macam mercu tanda dan simbol berkaitan sesuatu bangsa itu perlu dilenyapkan sebaliknya hanya kekal dengan simbol atau perkara yang melambangkan Malaysia sahaja.

“Bersediakah puak dari DAP dan penyokong dari DAP menghapuskan sekolah satu aliran seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), tukar semua nama jalan dan bangunan dalam hal DAP, tukar semua perkara yang ada unsur Cina, dan hapuskan keturunan dan asal usul mereka.

“Barulah bangsa Malaysia mengikut seperti yang dimahukan oleh DAP,” katanya.

Beliau berkata, DAP sebenarnya mahukan bangsa di Malaysia dikenali mengikut apa yang mereka mahu dan Malaysia mungkin akan berakhir seperti Singapura jika itu berjaya dilakukan.

Menurutnya, walaupun nampak Singapura seperti sebuah negara maju, tapi identiti sebenarnya yang ditonjolkan ialah kepimpinan negara Singapura dimonopoli oleh pemimpin berbangsa Cina dan dalam parti pemerintah di Singapura, iaitu PAP, pemimpin Melayu terlalu sedikit apatah lagi bangsa lain.

“DAP mahu perintah Malaysia cara mereka, sebab itu dalam Pakatan Harapan (PH), DAP sebenarnya yang berkuasa bukan parti ahli didalamnya, parti lain hanya mahu menumpang kuasa sahaja.

“DAP yang ada cita-cita besar dan bernafsu untuk kuasai negara ini dengan cara mereka,” katanya.

Jika benar-benar bangsa Cina dalam DAP mahu melenyapkan identiti bangsa mereka tapi wujudkan identiti Malaysia mustahil ia akan diterima oleh parti itu kerana slogan berkenaan hanya digunakan untuk mempengaruhi rakyat kononnya DAP memperjuangkan hak kesamarataan dalam kalangan rakyat.

“Jangan termakan dengan pujuk rayu ini kerana masa depan negara akan rosak dek corak pemerintahan DAP yang akan mementingkan pemimpin dan rakyat bangsa mereka dulu tanpa memikirkan rakyat lain seperti apa yang Barisan Nasional (BN) lakukan sekarang ini,” katanya.

Tiada ulasan: