Khamis, 5 Oktober 2017

Bila Mahathir berpolitik isu kafir meletup

Oleh Subky Latif 


SUDAH lama isu kafir mengkafir antara Umno dan PAS tidak menjadi modal politik di alam politik Malaysia, sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi orang tua yang berundur dari politik.

Bukan saja anak muda di bawah usia 30 tahun yang menyertai Umno dan PAS 10 tahun kebelakangan ini asing dengan isu itu bahkan semua orang setiap lapisan hidup, politik dan tidak politik menyangka PAS dan Umno hendak bersatu dan mereka mahu kedua-duanya berseiring.

Sekalipun PAS berhempas pulas menangkis ia bulok – loghat orang Kedah bererti lapar bersangatan – dengan Umno, tetapi Umno tua dan muda tak jemu-jemu mendakwa kedua-duanya patut berdekat-dekat. Gara-garanya ramai orang PAS termasuk yang kuat-kuat lari menubuhkan parti Islam sendiri kerana perasan PAS sudah hendak jadi Umno.

Ada mufti-mufti bertanya saya, jadikah PAS dan Umno bersatu?

Umno hendak sangat!

Kerana mereka pun rasa nya suka jadi macam itu, tidaklah saya tempelak pertanyaan itu.

Kalau saya tempelak kata tak bulok, Nampak sangat orang kata kita suka kepada berpecah-belah sedang itulah isu bagi Umno bertungkus- lumus hendak bebaskan diri dari puaka penyelewengan 1MDB, sedang rancak dibentang kepada orang Melayu dan umat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Saya katakan, payah bagi PAS menolaknya dan payah juga hendak mempercayai politik Umno di bawah Najib itu.

Apa pun semuanya lebih dari 10 tahun belakangan ini tidak lagi ingat akan politik kafirmengkafir itu seperti yang berlaku sebelum Mahathir berundur dari politik, justeru kesan politik itu negatif bagi PAS.

Setiap kali menjelang PRU isu kafir-mengkafir dirancakkan. Ia reda selepas usai pilihan raya.

Datang pilihan raya baru, kafir- mengkafir panas lagi, sedang isu itu kesannya buruk bagi PAS.

Majoriti pengundi Islam tidak bersama PAS dalam isu itu. Seolah- olah bodohlah PAS menghidupkan isu itu kerana ia menjauhkan mereka dari PAS.

Seperti yang Mahathir bangkitkan lagi sekarang, sebagai orang Islam marah dia bila dikatakan kafir.

Kebanyakan pengundi Islam pada zaman dulu seperti sikap Mahathir itu menolak PAS atas isu kafir mengkafir itu. Bila ia buruk bagi PAS, maka bodohlah PAS menggunakan isu itu. Maka siapakah yang beruntung dengan isu itu? Ialah orang yang mendapat keuntungan dari isu itu. Yang untung dalam setiap pilihan raya siapa? Siapa lagi kalau bukan Umno.

Maka Umnolah yang amat suka. Maka merekalah yang memerangkap PAS setiap kali datang pilihan raya.

Tiada yang mahu membuat kajian zaman mana dan zaman siapa isu ini meletup? Saya terbaca satu tulian Ustaz Salahudin, seorang kuat PAS Kelantan pada zaman Dato’ Asri Muda dan biras kepadanya, diarahkan oleh Asri menyelidik seorang tok guru pondok di pedalaman Kelantan yang mengatakan kafir kepada Umno.

Ia jadi tular dalam kalangan orang PAS dan Umno. Asri mengira ia negatif bagi PAS dan itulah Salahudin diarah membuat penyiasatan. Memang ia negatif dan cuba membendung isu itu.
Tetapi tidaklah mudah isu yang sudah tular itu dari dibendung.

Apabila ia menguntungkan Umno, maka Umno mahu ia tidak dimatikan. Isu itu memang rancak pada zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Hussein dan apa lagi pada zaman Mahathir. Tetapi dalam semua masa Mahahtir ada dalam pimpinan itu.

Sekalipun dia dipecat daripada Umno oleh Tunku selepas 13 Mei 1969, tetapi ia untuk satu waktu yang singkat. Ia kembali ke dalam Umno bawah Tun Razak dan jadi pemimpin penting sejak itu hinggalah bersara sebagai perdana menteri.

Tiada isu kafir-mengka fir selepas itu. Dan bila dia kembali berpoitik untuk membebaskan negara daripada penindasan Dato’ Seri Mohd Najib Razak, dia bertembung semula dengan PAS.
Selain dia menumpukan segala kelemahan Najib, dia hidupkan semua isu kafir-mengkafir.

Pernah isu kafir-mengkafir reda semasa Tun Razak dapat membawa PAS dalam Barisan Nasional.
Tetapi selepas Tun Razak mati Mahathir gunakan Tun Hussein Onn tentang PAS dari BN.

Hidup semula isu kafir-mengkafir. Bila dia jadi orang nombor satu rancak lagilah isu itu. Dua imam, tak makan sembelihan orang Umno, Amanat Haji Hadi dan lain-lain. Memang Melayu selepas merdeka terpecah dua. Semua yang disalahkan adalah PAS. Tetapi orang pen ting dalam Umno sepanjang masa dan dalam Pakatan Harapan sekarang ini adalah Mahathir. Bia dia dalam Umno kafir-mengkafir sama panas dan bila jadi pemimpin Pakatan Harapan kafirmengkafir hidup semula.

Dia baru saja dalam Pakatan Harapan. Pertembungan dengan PAS sudah lama tapi tiada isu kafir- mengkafir. Bila dia datang hidup semula isu itu.

Pernah dalam tahun 1983 dicabarnya PAS berdebat tentang isu kafir-mengkafir. PAS setuju jika diadakan debat di TV secara langsung. Dia kata dia bukan ulama tak arif debat isu agama. Dia ahli perubatan. PAS kata ia ada ahli perubatan, debat tentang per ubatan pun boleh.
Dua-dua setuju debat ka firmengkafir seperti PAS tuntut.

Disediakannya tajuk, PAS kata Umno kafir. PAS terima tapi akan bercakapan dengan tajuk Umno kata PAS kata Umno kafir.

Ramai orang jumpa PAS minta debat itu dibatalkan kerana ia tak akan menyelesaikan isu dan tajuknya pula berat sebelah.

Tiada siapa mahu menyelesaikannya. Kerajaan yang dipimpinnya tidak berminat kerana ia menguntungkan Umno.

Bagi yang mengatakan debat tak menyelesaikan masalah, jawapannya demikian: “Tiada siapa arif kata debat dapat menyelesaikannya.

Dan tiada juga siapa arif dapat kata, debat tak dapat menyelesaikannya. Ia mesti diselesaikan.
Kerana Mahathir cabar ia didebatkan, kita cuba mana tahu kalau ia boleh diselesaikan.” Sehari sebelum debat Agong perintahkan debat batal. Agong hanya bertindak atas nasihat perdana menteri.

Mahathirlah yang lari dari debat. Dia kata berani debat dengan Najib, tapi lari berdebat dengan Tuan Guru Abdul Hadi awang atas isu kafirmengkafir.

22 tahun jadi perdana menteri dia gagal selesaikan isu itu kerana isu itu menguntungkan Umno.
PAS mengelak guna isu itu tetapi Umno kepung. PAS dan Umno sudah lebih 10 tahun tidak main isu itu. Mari Mahathir dalam Pakatan Harapan hidupkan semula isu itu.

Dia timbulkan juga isu A manat Haji Hadi. Mahathir guna ISA tahan ramai atas berbagai tuduhan.

Tetapi tiada mufti dan majlis fatwa kata apa-apa. Tiada kerajaan negeri, Jabatan Perdana Perdana, polis dan Agong bertindak atas Amanat itu.

Mengapa? Tentu Amanat itu ada kekuatan sendiri. Semasa jadi perdana menteri dia tak buat apa-apa.
Sudah tidak jadi PM dia bi sing. Jika kafir-mengkafir dan Amanat itu comot, mengapa Umno terhegeh-hegeh mahu bersatu dengan PAS atas kepentingan ummah?

Apa sudah jadi dengan orang tua itu?

Tiada ulasan: