KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendapat teguran dari
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ekoran cuba menggangu Menteri
Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, menjawab soalan di Dewan Rakyat.
Datuk Seri Ismail Mohamed Said meminta supaya Kit Siang, membaca
Peraturan Mesyuarat sebelum mengemukakan soalan di Dewan Rakyat.
Teguran itu dibuat selepas Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen
Gelang Patah bangkit bertanya soalan tambahan kepada Mahdzir, mengenai
bilangan buku dibaca oleh semua menteri dalam masa sebulan.
Mahdzir yang dipetik BH Online, ketika mahu menjawab dicelah oleh Ismail yang berkata;
"Yang berhormat Menteri, sekejap. Itu sebab saya kata Yang Berhormat
sekalian, sila baca berulang-ulang kali Peraturan Mesyuarat kita. Baca
yang itu dulu baru boleh soal orang lain. Silakan Yang Berhormat
(Menteri)," katanya.
Mahdzir ketika menjawab berkata, adalah menjadi hak masing-masing untuk membaca buku.
"Saya ingat bab baca buku ini masing-masing, jadi tak payah jawablah
dalam Dewan ini. Dia (menteri) ada hak masing-masing untuk baca buku,"
katanya.
Terdahulu, ketika menjawab soalan tambahan Ahli PArlimen Sungai Besar
Budiman Mohd Zohdi, Mahdzir berkata, rakyat Malaysia hanya membaca 12
judul buku setahun berbanding 16 judul dibaca seorang di peringkat
antarabangsa.
Selain itu, katanya, penerbitan buku baharu di Malaysia juga kurang berbanding nisbah penduduk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan