Jumaat, 25 Ogos 2017

Mahu tanding kerusi PKR, PAS tak serius tumbangkan BN

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tindakan PAS yang mahu meletakkan calon dibeberapa kerusi PKR di Selangor dikritik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan parti berteraskan Islam itu tidak serius menumbangkan Barisan Nasional (BN).
 
Presiden PKR yang ditemui di forum tentang pelaburan China di ibu negara semalam, berkata tindakan PAS itu akan memberi kelebihan kepada BN dan menyebabkan pembangkang berpecah.
 
“Kalau pendirian PAS dilihat menyokong Umno, maka mereka akan kehilangan sokongan bukan sahaja dari masyarakat bukan Melayu tetapi juga masyarakat Melayu", katanya.
 
Wan Azizah yang merupakan ADUN Kajang berkata demikian selepas PAS Selangor mahu bertanding di Kajang dan Bukit Antarabangsa, yang diduduki Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.
 
Walaupun kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu sedang sedang dalam usaha memujuk PAS.
 
Semalam Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mengumumkan, bahawa parti itu akan bertanding di DUN Kajang dan Bukit Antarabangsa serta 42 kerusi DUN di Selangor.
 
Kedua-dua kerusi berkenaan kini disandang Wan Azizah dan Azmin yang memenanginya pada PRU13 lalu.
 
Malah beliau juga menegaskan, PAS turut wajib mengambil kembali kerusi Parlimen Gombak yang pernah dipinjamkan kepada PKR sejak 2008 kepada Azmin.
 
Pada pilihan raya kecil Kajang 2014, Wan Azizah memenangi kerusi negeri itu dengan majoriti 5,379 undi.
 
Pada PRU13, Azmin bertahan di kerusi Bukit Antarabangsa dengan marjin 4,044 undi. Azmin menang kerusi Parlimen Gombak pada 2008 dan mengekalkan kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti 4,734 undi.
 
 

Tiada ulasan: