Jumaat, 25 Ogos 2017

Khalid Samad nafi keluar kenyataan 'tendang' PKR keluar Pakatan Harapan

 MALAYSIA DATELINE

Khalid Samad03


Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menafikan mengeluarkan kenyataan rasmi mahu PKR dikeluarkan daripada Pakatan Harapan (PH) ekoran sikap segelintir pemimpin parti itu yang mahu terus menjalin kerjasama dengan Pas.

Kenyataan palsu yang mengaitkan nama beliau itu tersebar di media sosial semalam sejurus selepas Pas Selangor mengumumkan akan bertanding di 42 kerusi Dun termasuk kawasan Dun yang kini diwakili presiden dan timbalan presiden PKR.

"Satu kenyataan media menggunakan nama saya kononnya 'AMANAH sedia mengarahkan PKR keluar Pakatan Harapan ekoran kegagalan rundingan dengan Pas' sedang disebarkan melalui aplikasi whatsapp dan di media-media sosial ketika ini.

"Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah palsu dan bukan daripada saya," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam semalam.
Khalid mengingatkan bahawa AMANAH ditubuhkan untuk mengukuhkan muafakat antara parti-parti pembangkang setelah Pakatan Rakyat berpecah dan berkubur.
"Dengan kewujudan AMANAH maka ditubuhkan Pakatan Harapan untuk menyatukan kembali yang sudah berpecah. Pakatan Harapan yang asalnya terdiri daripada AMANAH, Keadilan serta DAP kini dikukuhkan lagi dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)," ujarnya.

Tiada ulasan: