Khamis, 10 Ogos 2017

FIC: Tiga individu penting tiba untuk beri keterangan kepada SPRM

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Investment Corporation (FIC), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid dan Datuk Dr. Omar Salim serta Pengarah FIC, Datuk Nik Azman Mohamed Zain tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Ketiga-tiga mereka yang tiba secara berasingan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh FIC.
 
Omar tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM pada pukul 10.20 pagi, manakala Nik Azman dan Noor Ehsanuddin tiba pada pukul 10.50 pagi dan 11.15 pagi.
 
Ketiga-tiga mereka pernah hadir memberi keterangan kepada SPRM pada Selasa lalu.
 
Sebelum ini, FIC dilapor membelanjakan jutaan ringgit pada 2013 hingga 2015 bagi membeli dua buah hotel empat bintang, namun ketika itu pembayaran dipercayai melebihi harga pasaran.
 
FIC ditubuhkan FELDA pada 2013 sebagai usaha mempelbagaikan portfolio perniagaan agensi berkenaan, khususnya dalam pelaburan hartanah, perhotelan dan hospitaliti. 
 
 

Tiada ulasan: