KEPALA BATAS: Seorang penunggang motosikal maut manakala beberapa yang
lain cedera parah dalam nahas membabitkan kereta dipandu melawan arus di
Kilometer 124.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.
Memetik laporan BH Online, kejadian membabitkan lima kenderaan itu,
sebuah kereta jenis Volkswagen didakwa dipandu melawan arus dari arah
Sungai Dua ke Bertam sebelum bertembung dengan empat kenderaan lain
termasuk sebuah motosikal kira-kira jam 2.40 pagi tadi.
Penunggang motosikal berkenaan dilaporkan tercampak sehingga ke pembahagi jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Jurucakap PLUS mengesahkan kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan