Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: PAS bertegas peranannya tetap sama seperti parti-parti
pembangkang yang lain yang menjadikan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai
musuh di gelanggang politik.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sikap
parti-parti pembangkang lain yang sering menyerang PAS hanya membuka
ruang kepada Umno-BN, sekaligus menjadikan matlamat pembangkang tidak
akan ke mana.
"Muafakat tak semestinya duduk bersama. Kadangkala yang penting adalah
objektif. Jika kita boleh kurangkan serangan sesama sendiri maka ia
lebih baik berbanding kita saling hala senjata sesama sendiri," katanya
kepada Antarapos.
Parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menjadi sasaran
parti-parti pembangkang, terutama DAP dan Amanah selepas ia tidak lagi
bersama dalam gabungan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan (PH).
PAS memutuskan kerjasamanya di dalam Pakatan Rakyat (PR) selepas sering bertelagah dengan DAP berkaitan agenda Islamnya.
Amanah pula mengambil pendekatan menyerang PAS kerana mendakwa ia mengamalkan politik sempit.
Tuan Ibrahim dalam pada itu membidas usaha Amanah yang cuba merampas
Kelantan, sedangkan ia merupakan bukti 'kejayaan' pembangkang.
"Apa perlu Kelantan diganggu? Jika di Kelantan kita berjaya tumbangkan
Umno-BN, maka mana-mana (usaha) parti pembangkang pergi ke Kelantan
dengan kekuatan PAS di Kelantan, bererti mereka beri tongkat kepada
Umno. Tak mungkin parti baru boleh dapat sokongan sebagaimana PAS
dapat.
"Sebarang usaha pembangkang lain, termasuk Amanah di Kelantan, bererti
mereka beri tongkat kepada Umno. Kita hendak tumbang siapa sebenarnya?
Umno atau sesama ," tegasnya.
Tuan Ibrahim juga hairan bagaimana Penasihat DAP, Lim Kit Siang
mempunyai peranan yang besar menamakan Datuk Husam Musa sebagai calon
Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan