SHAH ALAM:
Ketua jurulatih perseorangan badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek
dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan berkerjasama dalam
usaha melahirkan pemain pelapis terbaik negara.
“Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka berdua untuk menghasilkan satu perancangan bagi melahirkan pelapis pemain perseorangan lelaki yang terbaik bila Chong Wei bersara satu hari nanti.
“Chong Wei dan Misbun sangat rapat. Oleh
itu, walaupun Misbun hampir tujuh tahun tidak bersama BAM, beliau tidak
akan mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti pemain kerana Chong
Wei mampu memberikan maklumat dalaman berkaitan keupayaan dan kelemahan
pemain yang sedia ada,” katanya.
Dalam pada itu, Norza mengakui tidak mempunyai halangan sekiranya Misbun berhasrat untuk menemani Chong Wei yang akan beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini meskipun ia bertindih dengan jadual temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Namun, beliau menyarankan supaya Misbun berbincang terlebih dahulu bersama jurulatih lain antaranya Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairul Amar Ayob untuk memastikan tiada masalah berkaitan pembahagian tugas dan tanggungjawab.
“Bagi saya walaupun Chong Wei mempunyai misi untuk meraih gelaran dunia pertamanya, tugas di KL2017 juga sangat penting kerana sebagai tuan rumah, kita mahukan pencapaian yang lebih baik ataupun sekurang-kurangnya sama seperti di Singapura dua tahun lalu,” katanya.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan