Israr Khalid, Astro Awani
Katanya, cadangan Penasihat DAP itu tidak mewakili suara PH secara seluruhnya dan ia terpulang kepada sesiapa untuk menamakan mana-mana individu.
“Ia hak masing-masing, biasalah bercakap dalam ceramah.
Malah menurut Salahuddin, ada lagi beberapa calon di Kelantan yang dilihat berkelayakan untuk menduduki kerusi itu.
Katanya, apa yang lebih penting ketika ini adalah untuk berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab kepada parti, pakatan dan juga rakyat supaya rakyat yakin dengan PH.
Cadangan Kit Siang menamakan ADUN Salor itu sebagai calon terbaik Menteri Besar Kelantan itu disuarakan dalam majlis sambutan Aidilfitri DAP cawangan Suara Muda, Kebun Sultan dan Gajah Mati di Kota Bharu pada Khamis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan