Ahad, 9 Julai 2017

Hisham: Agenda Umno lebih besar dari lawan Rafizi, Azmin




Agenda Umno lebih besar berbanding daripada melawan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata agenda utama Umno sebagai parti pemerintah pada masa ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada pengganas.

"Rafizi bukan agenda kita, Wan Azizah, Azmin Ali bukan musuh kita. Agenda Daesh (IS) lagi berat.
"Yang sembelih, bakar ini sebenarnya agenda mereka (IS). Kita (Malaysia) selamat, jadi Daesh tak bertapak.

"Selagi saya pegang ini (jawatan menteri pertahanan), saya akan tentang Daesh kerana kita lakukan untuk semua (rakyat Malaysia), bukan untuk orang Melayu sahaja," katanya.

Hishamuddin berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. hari ini.

Sementara itu dalam sidang medianya Hishamuddin turut berkata kerajaan lebih berupaya menangani pengganas berbanding pembangkang yang tidak bersedia dengan isu itu.

"Malangnya mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman, mereka tidak ada hala tuju dan visi untuk memimpin masyarakat yang cukup kompleks dari segi kepelbagaian Malaysia, kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan berdasarkan rekod pencapaian yang telah dilakukan terutamanya dalam isu menangani keganasan.

"Maksud saya jika rakyat nak pilih, biarlah pilih track rekod yang baik. Saya tak kata Umno BN sempurna, tapi kita punyai track rekod," katanya.


Tiada ulasan: