Ismail
Sabri (kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak
Tabika KEMAS pada majlis Hari Raya Aidilfitri KEMAS di Pusat Kegiatan
KEMAS, Sri Batu, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah KEMAS, Datuk
Amiruddin Ariffin (tengah). --fotoBERNAMA
"Undang-undang ini bukan UMNO tetapkan tetapi RoS. Buktinya suatu ketika dahulu UMNO pernah diharamkan, tetapi kita akur dengan menubuhkan UMNO baharu seperti yang diarahkan RoS.
"Siapa DAP yang boleh mengatasi undang-undang? Inilah sikap sebenar DAP, belum lagi memerintah sudah berani langgar undang-undang negara.
Jumaat lepas, Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata jabatan itu akan mengeluarkan arahan meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, tidak sah dari segi undang-undang.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata keengganan DAP mengadakan pemilihan semula hanya akan menyebabkan mereka tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kelak.
"DAP tidak akan mengalami sebarang kerugian apa-apa sekiranya mereka mematuhi peraturan RoS kerana ia bukan ditentukan oleh UMNO atau Barisan Nasional," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan