shahbudindotcom
UMNO
dan kerajaan dilapor akan menghantar Jamil Khir Baharom sebagai
wakilnya untuk menghadiri Perhimpunan Akta 355 di Padang Merbok, Sabtu
18 Februari ini.
Ketua
Penerangan Pas, Nasaruddin Hassan ketika mengesahkan perkara itu
berkata, Jamil Khir akan menyertai sessi solat hajat dalam perhimpunan
tersebut.
Kehadiran itu membuktikan kerajaan menyokong perhimpunan pada 18 Februari nanti, kata beliau lagi.
Kenapa UMNO dan kerajaan hanya menghantar Jamil Khir saja sebagai wakil mereka?
Mengapa
tidak Perdana Menteri, Najib Razak atau Timbalan Perdana Menteri, Ahmad
Zahid Hamidi sendiri hadir bagi pihak UMNO dan kerajaan sebagai tanda
sokongan?
Bukankah
pindaan Akta 355 itu merupakan isu besar bagi Pas, tidak saja untuk
memartabatkan hukum Islam serta menjadi titik tolak persabahatannya
dengan UMNO, malah juga sehingga kerajaan negeri Kelantan
mengisytiharkan cuti umum pada 19 Februari bagi memastikan seramai
mungkin rakyat negeri itu dapat menghadirinya?
Oleh itu, sewajarnya Najib sendiri atau setidak-tidaknya Zahid Hamidi yang hadiri bagi mewakili UMNO dan kerajaan?
Lagi
pula, dalam perhimpunan Solidariti Rohingya di Stadium Titiwangsa dan
pelancaran kapal membawa pelbagai bantuan kepada pelariannya di
Pelabuhan Kelang baru-baru ini yang dianjurkan UMNO, Pas dengan besar
hati telah menghantar Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai
wakilnya.
Kenapa pula bila Pas menganjurkan programnya, UMNO hanya menghantar Jamil Khir saja?
Bukankah ini merupakan penghinaan dan menunjukkan hanya "sokongan main-main" daripada UMNO dan kerajaan?
Adakah
Najib atau Zahid Hamidi takut dengan bantahan MCA, MIC, Gerakan serta
parti-parti di Sarawak terhadap Akta 355 sehingga mengelak untuk
menghadiri perhimpunan itu?
Oppssss....Ahli UMNO pula bagaimana, berapa ratus ribu yang akan dikerahkan menghadirinya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan