shahbudindotcom
Selepas
bebas daripada tahanan reman selama lima hari atas pertuduhaan samun
berkumpulan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus dilaporkan
akan menghantar surat perletakan jawatannya, hari ini.
Selain
akan meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal
juga mahu berundur sebagai Pengerusi BN Sungai Besar dan Ketua Gerakan
Baju Merah yang menjadikan dirinya popular dan kontroversi selama ini.
Tidak
diketahui apa yang menyebabkan Jamal mahu meletakkan jawatan, mungkin
kerana kecewa beirkutan banyak tindakannya tidak mendapat sokongan
pemimpin-pemimpin UMNO dan mungkin juga merasakan penahanan remannya
akan disusuli dengan pendakwaan di mahkamah selepas ini.
Kata Jamal lagi, beliau akan menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar.
"Saya
menyerahkan keputusan akhir kepada Noh Omar untuk memutuskannya. Apa
pun keputusan beliau, saya akan terima," ujar Jamal lagi.
Ehh,
ehh...kenapa main serah-serah kepada Noh Omar pula membuat keputusan
akhir dan berkata pula akan akur dengan sebarang keputusan itu?
Ini serius nak letak jawatan atau acah-acah saja?
Nak letak jawatan...letak sajalah, kenapa perlu kepada kata akhir daripada orang lain pula?
Ini macam wayang je bro?
Harus
diakui, perilaku dan tindakan Jamal melalui Gerakan Baju Merah selama
ini bukan saja memalukan UMNO dan BN, bahkan mengaibkan orang Melayu
dan juga negara.
Dalam
sejarah politik, waima di era kuno sekali pun, tidak pernah ada orang
yang menggelarkan dirinya pemimpin sehingga sanggup bertuala dan membawa
katil ke pejabat kerajaan hanya untuk melakukan protes dan mencari
glamor.
Untuk
itu, Noh Omar tanpa banyak soal mesti terima saja perletakan jawatan
Jamal. Menolak perletakan jawatan Jamal hanya mengesahkan beliau sekadar
acah-acah mahu berundur kerana tahu akhirnya Noh Omar yang merupakan
kawan rapatnya, akan menyelamatkan kedudukan dirinya.
Lagi pula, tindakan Jamal tidak membawa sebarang markah dalam usaha UMNO dan BN menawan kembali Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan