KUALA LUMPUR – Pas menimbang untuk mengambil tindakan ke atas
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana berterusan
mengkritik pimpinan dan pendirian parti Islam tersebut.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan sudah ada
laporan dibuat terhadap Mahfuz kepada jawatankuasa disiplin parti dan
tindakan susulan bakal diambil dalam masa terdekat.
“Saya dimaklumkan telah ada laporan yang dibuat ke atas beliau
(Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja
keputusannya nanti,” katanya dipetik berkata di Marang.
Abdul Hadi turut menasihati pemimpin dan anggota Pas yang tidak lagi
sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar-dasar
Pas agar keluar parti. Mahfuz Omar
Mahfuz yang didakwa berkata Pas tidak perlu menunggu muktamar parti
itu April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana Pas sudah
mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara
(PAN).
Sehubungan itu, Mahfuz mencadangkan Pas menarik diri daripada
kerajaan Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan
ketegasan prinsip parti Islam itu.
Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga
menggesa supaya Mahfuz seharusnya keluar parti memandangkan apa yang
dikritiknya sebelum ini langsung tidak diambil peduli oleh parti.
“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini,
tidak tahu ke mana, duduk dalam Pas tapi serang Pas. Kritik Pas, baik
dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam Pas,” katanya. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan