SANDAKAN: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan
mengumumkan sama ada akan bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) atau tidak, esok.
Khairy berkata, keputusan muktamad akan dibuat selepas perjumpaan
dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin esok. Sama ada mahu
bertanding atau tidak untuk jawatan itu, katanya, beliau diminta oleh
pengurusan FAM untuk mengisi borang.
"Belum lagi (buat keputusan)... mungkin esok. Saya akan jumpa
Setiausaha Agung FAM, sebab dia kata kena isi borang sama ada nak
tanding atau tidak.
"Tunggulah (keputusannya) nanti," katanya kepada pemberita dalam
Program FitMalaysia Peringkat Negeri Sabah di Padang Bandaran di sini,
sebentar tadi.
Yang turut hadir Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar
Titingan dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Khairy bersama tiga individu lain termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim; Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA),
Tan Sri Annuar Musa dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,
Tan Sri Aseh Che Mat mendapat pencalonan bertanding bagi jawatan
Presiden FAM pada Kongres FAM ke-53, 25 Mac ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan