SEOUL: Dua wanita disyaki pembunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim
Jong-Un didakwa ditemui mati, menurut laporan ketua biro ABC News,
Joohee Cho, di sini.
Wakil Channel News Asia, Michiyo Ishida turut melaporkan mayat
kedua-dua yang membunuh Kim Jong Nam itu ditemui dengan memetik laman
berita Kyodo News dari Jepun.
Rakaman kamera litar tertutup CCTV turut menunjukkan salah seorang
pembunuh di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA2) yang tersebar meluas.
Dia mempunyai rambut panjang sehingga ke bahu dan memakai skirt dengan
baju berwarna cerah dengan perkataan 'LOL' di bahagian depan dan sedang
membawa satu beg tangan.
Sebelum ini, amalan oleh ejen khas Korea Utara untuk membunuh diri
selepas menamatkan misi mereka sudah pernah dilihat beberapa kali.
Contohnya adalah Kim Hyun-hee, pengebom pesawat Korea Selatan pada 1987 yang mengikut arahan rejim Korea Utara.
Selepas melakukan tugasan yang menyebabkan 115 penumpang maut, Hyun-hee cuba membunuh diri tetapi gagal.
Sementara itu, jurucakap polis Malaysia, Fadzil Ahmat beranggapan Jong Nam mungkin diracun menggunakan sehelai kain.
"Mangsa merasakan seseorang memegang muka beliau dari belakang.
Beliau kemudian merasa pening," kata pegawai polis itu. "Selepas
diserang, beliau meminta bantuan di kaunter KLIA. Kami tidak pasti ia
kain atau jarum."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan