Ahad, 5 Februari 2017

DAP Hantar Mukhriz Untuk Pecah Belahkan PAS

 
 


DAP sengaja menghantar Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ‘berunding’ dengan PAS untuk memecahbelahkan parti Islam itu, dakwa pengendali laman Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin.


Menurutnya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berpura-pura tidak mengetahui mengenai pertemuan antara PPBM-PAS itu, walhal dia sebenarnya yang pencatur di sebalik tabir berkenaan pertemuan tersebut.

“Sebenarnya, Guan Eng hanya bermain wayang, permainan penipuan dan palsu yang dilakukannya.

“Menurut maklumat dari ‘orang dalam’, ditambah mengikut pegawai penasihat di pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Guan Eng bukan sahaja sedar sepenuhnya mengenai mesyuarat itu tetapi dialah sebenarnya yang telah mengaturkan mesyuarat itu.

“Guan Eng hanya berpura-pura beliau tidak mengetahui mengenai mesyuarat tersebut dan dia hanya mengetahui mengenainya daripada akhbar,”katanya dalam rencana terbaru bertajuk “Guan Eng’s deception and disinformation game

Tambahnya, ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan parti Islam berhati-hati dengan satu pertemuan yang meragukan.

“Presiden PAS Abdul Hadi Awang tahu bahawa PPBM tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa. Bahawa kuasa terletak pada DAP. Jika apa-apa akan berlaku ia hanya boleh berlaku jika DAP berkata ia boleh berlaku.

“Hakikatnya bahawa Guan Eng hanya berpura-pura bahawa DAP tidak sedar tentang mesyuarat dan hanya mendapat tahu dari akhbar menunjukkan bahawa mereka hanya bermain wayang dengan PAS.

“Jadi, Hadi tidak ada dalam mesyuarat tersebut dan begitu juga ketua Dewan Ulama, Dr Mahfodz Mohamed. Sebaliknya, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa Ali turut dikenali sebagai Cikgu Pa, Takiyuddin Hassan dan Ustaz Idris Ahmad yang menghadirinya.

“Ini bermakna PAS masih boleh ‘kembali kepada bos’, iaitu Dewan Ulama sebelum apa-apa yang akan berlaku.”

Semalam, Guan Eng dalam kenyataan medianya mendakwa dia telah diberi taklimat oleh Mukhriz berkenaan hasil pertemuan PPBM-PAS itu.

“Dia (Mukhriz) ada sedikit keliru tentang pendirian daripada PAS. Adakah (keputusan) itu yang mutakhir atau tidak, dia (Mukhriz) agak sedikit keliru, kita pun tak pasti.

“Walau macam mana pun, kita (Pakatan Harapan dan PPBM) akan bincang (berkenaan perkara itu) pada 7 Februari,” kata Guan Eng.

Dalam masa sama Guan Eng mengambil kesempatan untuk mengadu domba PAS kononnya wujud percanggahan pendapat di antara Presiden PAS, Abdul Hadi dengan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan dengan hasil pertemuan dengan PPBM itu.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: