Ahad, 12 Februari 2017

DAP 'alu-alukan' 4 wakil rakyatnya keluar parti

Koh Jun Lin  





Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengalu-alukan tindakan keluar parti oleh empat wakil rakyatnya di Melaka.

Tan berkata, bercanggah dengan dakwaan DAP telah menyimpang daripada matlamat asalnya, mereka berempatlah yang telah berubah.

"Saya alu-alukan mereka keluar parti kerana telah berubah dan saya anggap mereka barah dalam parti. Sejak mereka keluar parti atas inisiatif sendiri, saya alu-alukannya," jelas beliau kepada pemberita di Pudu hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang Chin Choong Seong yang keluar parti awal hari ini.

Tindakan keluar parti itu berlaku selepas Sim dan Goh menamatkan hukuman satu tahun penggantungan daripada parti itu pada minggu lepas.

Tan yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin DAP berkata, keempat-empat wakil rakyat telah mengeluarkan kenyataan dan bertindak dengan cara yang merbahaya kepada parti

Tiada ulasan: