Isnin, 24 Oktober 2016

Saifuddin: Kabinet bayangan HARAPAN mungkin bulan depan

MALAYSIAKINI


Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini membayangkan bahawa kabinet bayangan pakatan pembangkang mungkin diumumkan pada konvensyen akan datang bulan depan.

"Kami (HARAPAN) akan mengadakan konvensyen pada 12 Nov dan mungkin akan ada beberapa persetujuan di antara parti-parti politik dalam HARAPAN dan di luar HARAPAN.

"Ini akan memberikan kamu beberapa petanda tentang bagaimana bentuk kerajaan bayangan itu," katanya sebagai menjawap soalan Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Parti-parti politik di luar HARAPAN termasuk parti sepihan Umni yang baru ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS, katanya.

"Jadi, sila bersabar. Kita mempunyai masalah dan kadang-kadang ia adalah di luar imaginasi kita," kata Saifuddin yang menulis kata pengantar untuk koleksi esei bertajuk 'The End of Umno?'

Ambiga, semasa majlis pelancaran buku itu di Royal Lake Club Royal di Kuala Lumpur, bangkit dan menyoal Saifuddin sama ada pembangkang sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 kerana mereka masih belum membentuk kabinet bayangan.

Beliau juga menuntut Saifuddin memberitahu rakyat Malaysia mengapa mereka perlu mengundi pembangkang sedangkan mereka tidak mampu membentuk kabinet bayangan.

Tiada ulasan: