shahbudindotcom
Jeng...jeng...jeng...
Pejabat
Peguam Negara (OAG) Switzerland akhirnya memulakan prosiding jenayah
terhadap Falcon Private Bank kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan
penyelewengan dana 1MDB.
OAG
memaklumkan bahawa tindakan itu diambil berdasarkan maklumat yang
didedahkan dalam siasatan 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam
keputusan yang diambil Finma ke atas Falcon.
Finma
atau Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland semalam
mendedahkan sebanyak RM15,200 juta dana berkaitan 1MDB, termasuk RM2,600
juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak, telah disalurkan
melalui Falcon.
Berikutan
kesalahan itu, Finma mengarahkan Falcon menyerahkan sejumlah RM10.55
juta yang disifatkan sebagai keuntungan haram kepada agensi kawal selia
itu yang peranan hampir sama seperti Bank Negara di negara kita.
Di Singapura, Falcon turut diarahkan tutup kerana kesalahan berkaitan aktiviti penggubahan wang haram.
Apa
yang harus dipuji ialah OAG yang begitu pantas dalam berindak. Hanya
sehari selepas mengumumkan kemungkinan ke arah itu, OAG semalam
memutuskan prosiding jenayah ke atas Falcon akan dimulakan.
Sebagaimana
yang disebut sebelum ini, tentunya ini merupakan khabar menakutkan yang
semakin hampir menjadi kenyataan, terutamanya tentang kebenaran
berkaitan wang RM2,600 juta yang diterima oleh Najib.
Peguam Negara kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan