Tanyalah
siapa saja, rata-rata mengatakan Bajet 2017 yang dibentangkan Najib
Razak semalam paling tidak menarik sekali. Tiada apa-apa yang luar biasa
yang ditawarkan, walaupun seperti banyak gula-gula, semuanya hanya ala
kadar dan biasa-biasa saja.
Ramai
juga yang tidak mahu berbicara mengenainya, malah mengatakan tidak
mustahil nanti akan dirombak semula seperti tahun lalu atau mungkin
banyak projek yang ditangguhkan kerana ketiadaan wang.
Pemotongan
subsidi minyak masak dan lain-lain barang pengguna yang tidak diumumkan
turut menjadi kebimbangan ramai bahawa ia akan dilakukan kemudian atau
sebulan dua selepas ini.
Bagi
pihak pembangkang, mereka menyifatkan Bajet 2017 sebagai tidak
realistik, tidak telus dan tidak seimbang antara perbelanjaan dengan
hutang.
Daripada mana wang diperolehi juga tidak jelas, kata mereka.
Lagi-lagi
senjata Najib adalah BR1M, tetapi dalam masa yang menyasarkan kutipan
cukai GST yang lebih tinggi berbanding RM30 bilion yang dikutip tahun
ini.
Maknanya GST akan terus menjerut leher rakyat.
Peruntukan
untuk Bajet 2017 ialah sebanyak RM260.8 bilion yang merangkumi RM214.8
bilion untuk belanja mengurus, RM46 bilion untuk pembangunan, RM77.4
untuk emolumen dan RM32 bilion untuk perkhidmatan serta bekalan.
Dalam
erti kata lain, perbelanjaan banyak tertumpu untuk membayar gaji dan
elaun, sementara jika Malaysian Official 1 sebagaimana yang didedahkan
oleh Jabatan Kehakiman AS yang didakwa menerima AS$731 juta atau
kira-kira RM3 bilion wang 1MDB yang dilencongkan ke dalam akaun
peribadinya, peruntukan RM46 bilion untuk pembangunan bagi 30 juta
rakyat Malaysia itu hanya menyamai kewujudan 15 orang MO1 sahaja.
Kurangnya
peruntukan untuk pembangunan bermakna kurangnya kemudahan yang
disediakan untuk rakyat. Yang menjadi kebanggaan Najib hanyalah BR1M.
Kalau
ada pun perkara lain yang boleh menjadi "kebanggaan" mengenai Bajet
2017 ialah kejayaan Najib menggantikan Wawasan 2020 dengan TN50 atau
Transformasi Negara 2050 yang sekaligus bermakna penghapusan legasi Tun
Mahathir Mohamad.
Ia
dengan sendirinya mengesahkan Najib telah gagal meletakkan Malaysia
sebagai negara maju pada 2020 sebagaimana yang disasarkan oleh Tun
Mahathir dan menganjakkan lagi selama 30 tahun ke hadapan bagi
mencapainya.
Bermakna, jangkaan Tun Mahathir bahawa Wawasan 2020 akan gagal disahkan dengan sendirinya oleh Najib.
Selain
menjadikan majlis pembentangan kali ini sebagai acara populis dengan
antaranya membawa pemenang pingat emas paralimpik dan orang asli ke
Parlimen, layar besar di Dewan Rakyat turut dipenuhi dengan lambang BN
sewaktu Najib menyampaikan ucapan yang jelas sebagaimana yang dikesali
oleh Ahli Parlimen Pas, Nasaruddin Hassan adalah bermotifkan politik
kepartian.
Ini bajet negara atau bajet BN? soal Ahli Parlimen Temerloh itu.
Sebelum
pembentangan Bajet 2017 juga, Najib ada mengumumkan bahawa pihaknya
telah menerima 8,352 cadangan daripada rakyat dan akan mengambil kira
sebahagian daripadanya.
Dengan
bajet yang sedemikian rupa dan tidak ada apa-apa yang istimewa ini,
berapa banyak daripada cadangan rakyat itu yang diambil kira oleh Najib
atau semuanya juga satu sandiwara dan gula-gula untuk menggambarkan
dirinya pemimpin berjiwa rakyat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan