Ahad, 11 September 2016

PSM yakin BN perolehi majoriti dua pertiga pada PRU14

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvam menjangkakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan memperolehi semula kemenangan dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Umum yang  ke-14, akibat perpecahan dikalangan parti-parti pembangkang.
 
Konfrantasi yang berlaku antara PAS dengan parti serpihannya, AMANAH yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berdamai, memberi kelebihan pada BN terutama pada jumlah pengundi Melayu, kata beliau.
 
"Buat masa ini pandangan kita, BN menang besar untuk PRU akan datang. PAS dan AMANAH sekarang (kalau) bersatu, undi melayu banyak(boleh diperolehi). (Tapi) macam mana nak bersama?
 
"Dalam keadaan sekarang,  BN akan menang," katanya kepada Antarapos.
 
Pengerusi Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mendedahkan pengalamannya memenangi beberapa siri PRU bersama parti lamanya, Umno disebabkan oleh perpecahan yang berlaku dalam blok pembangkang.
 
Arul, kemudiannya menggesa supaya blok pembangkang bertanding di bawah satu logo pada PRU14 selepas kenyataan Mahathir itu diterbitkan di laman-laman berita.
 
Walau bagaimanapun, ketika ditanya sama ada PSM akan menyertai blok pembangkang yang dicadangkan itu, beliau berkata akan turut menyertai bersama meskipun partinya tidak sebesar seperti parti-parti pembangkang lain.
 
"Kalau ia satu gabungan yang besar dan mempunyai permuafakatan yang sama, tiada masalah (untuk bersama)...Bagi saya ia melibatkan parti-parti yang besar," katanya
 
 

Tiada ulasan: