Ketua
Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua individu
ditahan kerana dikatakan menghina Islam di akaun Facebook.
Khalid
dalam akaun Twitter beliau hari ini memberitahu mereka yang ditahan di
Selangor dan Perak membuat catatan berkenaan ekoran kematian Mursyidul
Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
"Syabas,
JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) @PDRM tangkap 2 orang, 1 di
Ipoh dan 1 Shah Alam buat posting di FB hina agama Islam berkaitan
kematian Dato Harun Din...," ujarnya dalam Twitter.
Haron Din, 76, meninggal dunia di San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung pada 16 September lalu.
Tindakan
polis ini adalah kali pertama dilakukan ketika ramai pihak tidak puas
hati dengan reaksi sinis dan menyindir bukan Melayu terhadap pemergian
tokoh Pas itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan