Isnin, 19 September 2016

Hadi dakwa Amanah akan melutut pada PAS suatu hari nanti

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Amanah akan melutut kepada PAS dan mengiktiraf kekuatan parti itu suatu hari nanti, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Hadi berkata ketika itu, parti-parti yang menjadi sekutu Amanah terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat.
 
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Amanah hanya bercakap kosong apabila mendakwa ribuan ahli PAS di Kelantan menyertai partinya.
 
"Berita begitu mudah dipetik dengan jari, apatah lagi dalam dunia siber berita terlalu laju dan tidak berpijak di bumi nyata.
 
"Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti Amanah akan melutut kepada kita," katanya selepas menghadiri Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan malam tadi.
 
Dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk Amanah di Salor yang diadakan serentak dengan Program Munajat Perdana tersebut, kepimpinan Amanah mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong PAS di negeri berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: