DUNGUN: Seorang murid Tahun Empat maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolahnya pagi tadi.
Kejadian kira-kira 7.15 pagi itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Santong di sini.
Menurut sumber polis, murid tersebut
Muhammad Syamil Harun, 10, dari Kampung Santong yang berpakaian seragam
baju pengakap sedang melintas jalan selepas bapanya menurunkannya dari
kereta.
Ketika sedang melintas, sebuah kereta
Proton Persona yang dipandu seorang wanita yang datang dari arah
Ketengah Jaya menuju Paka telah merempuh mangsa.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu.— Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan