Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Tindakan Datuk Husam Musa yang menggunakan nama Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi 'menghalalkan' tujuannya menyertai
Amanah dibidas anak bekas Mursyidul Am PAS itu.
Memetik posting di laman Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz,
Ketua Pemuda PAS itu secara sinis menyindir bekas naib presiden parti
itu bahawa bapanya pula yang akan mengikut tindakan yang sama.
"Seorang anak buah al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata:
"Masa tok guru hidup dulu, dia ni sering bagitahu orang bahawa tok guru
akan ikut saja cakap dia. Lepas tok guru meninggal pun, dia masih
bagitahu orang bahawa kalau masih hidup, tok guru akan ikut dia
tinggalkan PAS dan masuk parti baru. Nampaknya, sampai mati tok guru
istiqamah ikut dia. Memang 'rare' murid tok guru ni seorang. Siapa 'dia'
ni?," demikian memetik posting tersebut.
Meskipun Nik Abduh tidak menyatakan secara jelas kepada siapa posting
itu ditujukan, namun ia dipercayai merujuk kepada Husam yang kerap kali
mendakwa ramai penyokong PAS akan menyertai Amanah sekiranya Nik Aziz
masih hidup.
Selepas menyertai Amanah beberapa hari lalu, Husam cuba meraih sokongan
ahli-ahli PAS dengan menggunakan modal kononnya perjuangan Amanah
menyerupai kehendak perjuangan Islam yang diamalkan ulama itu.
Bekas exco Kelantan itu juga melahirkan keyakinannya bahawa Amanah
mampu menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun tindakan Husam itu dibidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dengan menyifatkan kenyataan pemimpin itu sebagai jahil
agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan