MALAYSIAKINI
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata
tidak ada keperluan bagi kerajaan campur tangan dalam Majlis Peguam
walaupun pendiriannya sering kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan.
"Dunia ini menjadi lebih liberal, ini bukan masanya untuk (kerajaan) mengetatkan kawalan ke atas kumpulan-kumpulan ini.
"Apa kerosakan yang Majlis Peguam lakukan, mengkritik kerajaan? Kami masih di sini, kerajaan yang kuat," katanya dipetik Malay Mail Online.
Bekas menteri undang-undang itu memberitahu akhbar harian itu bahawa
beliau menentang pindaan Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1976, yang
boleh dilihat sebagai campur tangan kerajaan dan menyekat kebebasan
Majlis Peguam.
Beliau berhujah Majlis Peguam harus dibenarkan untuk menjalankan
urusan sendiri, sambil menambah bahawa ia adalah "baik-baik saja" jika
mereka dilihat sebagai mengkritik kerajaan, selagi mereka berbuat
demikian dalam batasan undang-undang.
"Bagaimana mereka (Majlis Peguam) mahu menjalankan urusan mereka, kita perlu serahkan kepada mereka.
"Biarkan saja... kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita mahu,"
katanya sambil menambah beliau menentang rancangan kerajaan untuk
meletakkan wakil dalam Majlis Peguam.
"Saya tidak bersetuju dengan kerajaan melantik dua wakil kepada
Majlis Peguam, untuk apa? Anda fikir dua orang boleh mengawal
majoriti?," beliau dilaporkan berkata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan