OLEH : NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Langkah Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pemberian insentif raya sebanyak sebulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri itu selepas selesai Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar dilangsungkan mendapat pujian nitizen.
Menurut netizen di laman facebook Media Selangor, amalan Kerajaan Negeri ini bertentangan dengan amalan biasa Barisan Nasional yang sudah pasti mengambil kesempatan bagi membeli undi setiap kali menjelang pilihan raya.
“Anda beri selepas PRK. Inilah cara yang betul, bukan umpan untuk undi. Jangan jadi macam BN, beri dan suruh rakyat undi BN. Ini namanya rasuah. Yang beri dapat dosa, yang ambil dan undi BN dapat dosa.
“YB yang menang terus dapat makan gaji cara yang haram… sebabnya segala punca rezeki akan disiasat di akhirat kelak. Kalau berpunca caranya haram, ia tetap akan haram. Walaupun nampak macam halal…
wallahhualam,” tulis Muhd Azam pada ruang komen yang memuatkan berita pengumuman pemberian insentif itu.
Muhamad Fadzurrahman Jemain pula menulis, “Tapi bagusnya umum selepas PRK. Ini baru betul bukan gula-gulakan rakyat,”
Tengku Afifi pula menulis “jangan jadi macam BN. Ajar dengan wang. Politik wang! Cash is king! u help me, i help u,” katanya dipercayai merujuk kepada petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berapa lama dahulu.
Insan Terpilih pula menulis, “Selangor dengan Pulau Pinang negeri di bawah Pemerintahan Pembangkang dapat bonus lebih. Lain negeri RM500 cukup lah,” katanya.
Sementara itu beberapa netizen turut mengucapkan tahniah kepada pengundi Selangor kerana membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan mengekalkan Kerajaan Pakatan.
“Syabas Kerajaan Selangor. Tahniah rakyat selangor. Nasib baik tak pilih BN, kalau pilih dok (masih) rasa RM500 je la.. hehehe,” tulisnya Muhammad Faisal dan Kaya Rezeki pula menulis, “Adoiiiii bila laa dapat kerja dengan gomen (kerajaan) Selangor ni,” tulisnya.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan